Sunday, July 15, 2012
Antara Kau, Aku dan Dia
Hari ni merupakan hari yang sangat mendebarkan, Abang dan Kakak akan berjumpa dengan mak dan abah untuk menyampaikan hasrat abang.. aku sangat terharu dengan sikap kakak yang sangat positif dalam memberi penjelasan dan membenarkan suaminya bernikah lagi.. dia izinkan aku bernikah dengan suaminya.. dalam masa yang sama dia tak sanggup melibatkan diri bersubahat sekiranya aku dan abang berjumpa tanpa ikatan apa-apa.. maksiat katanya.. Abang melamar aku di hadapan kakak, abah dan mak.. respon abah.. "kalau ada jodoh abah tak halang" manakala mak pula tak cakap apa2.. mak mcm tak suka je. tapi aku doa banyak2 agar hati mak dilembutkan.. agar mudah dia menerima abang.. mak cakap kakak berlakon je.. mana ada isteri nak bagi suami dia nikah lain.. (dalam 100 atau 10 mesti ada 1 kan) bukan semua... so aku anggap perkara ni sebagai halangan pertama yang bakal aku tempuhi dan ujian dari Allah S.W.T. untuk menguji tahap mana kesabaran aku.. Abang penah cakap dengan aku agar apa hasrat yang baik kita nak buat dia tak nak patah balik.. Sabar tu perlu dalam buat apa apa perkara.. aku masih menunggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment