Sunday, July 15, 2012

Antara Kau, Aku dan Dia

Hari ni merupakan hari yang sangat mendebarkan, Abang dan Kakak akan berjumpa dengan mak dan abah untuk menyampaikan hasrat abang.. aku sangat terharu dengan sikap kakak yang sangat positif dalam memberi penjelasan dan membenarkan suaminya bernikah lagi.. dia izinkan aku bernikah dengan suaminya.. dalam masa yang sama dia tak sanggup melibatkan diri bersubahat sekiranya aku dan abang berjumpa tanpa ikatan apa-apa.. maksiat katanya.. Abang melamar aku di hadapan kakak, abah dan mak.. respon abah.. "kalau ada jodoh abah tak halang" manakala mak pula tak cakap apa2.. mak mcm tak suka je. tapi aku doa banyak2 agar hati mak dilembutkan.. agar mudah dia menerima abang.. mak cakap kakak berlakon je.. mana ada isteri nak bagi suami dia nikah lain.. (dalam 100 atau 10 mesti ada 1 kan) bukan semua... so aku anggap perkara ni sebagai halangan pertama yang bakal aku tempuhi dan ujian dari Allah S.W.T. untuk menguji tahap mana kesabaran aku.. Abang penah cakap dengan aku agar apa hasrat yang baik kita nak buat dia tak nak patah balik.. Sabar tu perlu dalam buat apa apa perkara.. aku masih menunggu...

Monday, June 25, 2012

Abah.. Mak... Berilah Peluang

Abah.. boleh tak abah tau hasrat murni anak abah ni..
bukan org nak buat tak betul.. bukan nak buat maksiat.. tapi sesuatu hubungan yang murni dan suci..
abah.. org nak abah jadi wali dan nikahkan org dengan hukum syarak yang betul.. org tak nak nikah sembunyi2.. org tak nak conteng arang kat muka abah.. org tahu nak jaga maruah keluarga..
abah.. memang bermadu tu sangat pahit.. tapi bagilah org peluang untuk sama-sama merasai kehidupan itu..
org janji tak kan menyusahkan abah setelah abah melepaskan org untuk hidup bersamanya..

Mak.. org nak mak restu hubungan ini mak.. memang org tau.. mak mana yang nak tengok anak anak dia merana.. org tau mak jaga org dari kecik sampai dah besar ni .. tapi mak kena tahu sampai bila mak simpan anak mak ni.. tentang hubungan ini mak janganlah pertikaikan.. mak janganlah nak bagi contoh yang negatif sekeliling mak tu.. org nak mak doakan yang terbaik untuk org.. doa mak sangat diperlukan.. kalau mak asyik fikir tak elok.. tu semua doa tu.. jadi kalau boleh mak doakan yang baik2 je.. manalah tahu memang rezeki org untuk berpoligami..

Sunday, June 24, 2012

JIKA NAWAITU KITA IKHLAS DAN JUJUR.. ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA

Assalamualaikum.. nawaitu penting dalam buat apa apa jua perkara.. nawaitu ataupun dalam bahasa melayunya,, niat.. ok.. niat jahat atau baik.. kalau niat baik.. automatik ALLAH bagi pahala kat kita jika belum buat lagi pun.. dah ada niat pun ok je.. kalau niat jahat lak.. selagi tak melakukan kejahatan  selagi tu ALLAH tak tulis apa apa lagi.. so, niat aku hari ni mmg baik,.. untuk membina sebuah masjid.. walaupun agak berat niat itu kerana 'berkongsi' masjid yang sama.. aku redha dengan itu.. tapi untuk memahamkan hati org tua ku.. esspcly 'wali' ku amat complicated.. so aku memerlukan org tengah untuk menyelesaikan hal ini. Ya Allah.. ku mohon agar lembutkan hati org tua ku.. amin

ALHAMDULILLAH.... SYUKUR KEHADRAT ALLAH.. KEPADAMU KUSEMBAH YA ALLAH...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah diatas petunjuk Mu ini..
Kesyukuran yang panjang aku panjatkan .. setelah berjumpa antara 4 mata dengan 'akak' aku amat yakin jika jodohku dengan 'abg' akan ditemukan.. Terima kasih buat 'akak' yang memahami antara satu sama lain. susah nak cari seorang perempuan mcm 'akak'.. sangat profesional dan berhemah.. apa pun aku tak akan mengambil kesempatan atas kepercayaan itu.. aku sedar aku hanya menumpang kasih.. tapi ini lah yang aku cari.. kebahagian dunia dan akhirat.. berkat istiharah.. tawakkal.. doa.. usaha yang berpanjangan.. inilah hasilnya.. sekarang aku cuma perlukan restu kedua ibu bapa ku.. aku harap sangat mak dan abah restukan hubungan ini.. mana ada mak bapa yang sanggup tengok anaknya derita.. tapi mak abah.. angah yakin satu hari nanti mak dan abah akan terbuka hati dan dilapangkan dada untuk terima 'abg'... amin

Tuesday, June 19, 2012

24 Jun 2012 Pertemuan Dua Insan Yang Mungkin Akan Berkongsi Kasih Bersama

Assalamualaikum..
Terjadilah kisah dengan ketentuan Illahi.. aku akan dipertemukan dengan seseorang yang 'bakal' menjadi sebahagian dari hidupku nanti.. pertemuan 4 mata bersamanya akan terungkai.. aku harap sangat ALLAH permudahkan segala urusan aku.. aku cuba untuk mencari jawapan ini. harap 'akak' boleh dengar penjelasan dari aku.. harap 'abg' memberi laluan yang terbaik buat kami berdua.. YA ALLAH HANYA KEPADAMU KU BERSERAH :)

Monday, June 18, 2012

Aku diuji lagi....

sekali lagi ALLAH s.w.t. menguji tahap keimanan ku.. diuji dengan hadirnya kembali 'seseorang' yang sekian lama menyepi dan sekian lama aku ber'kawan' dengannya... tatkala aku sedang manis bercinta dengan orang lain.. mengapa harus kau hadir dalam diri ini kembali.. aku kena kuat.. semoga ALLAH memberkati  hubungan aku dengan si KOMENG..

Datin dilamun C.I.N.T.A

ASSALAMUALAIKUM WR. WBT.

Salam sayang buat semua.. lama tak berblog disini..
tajuk kali ini membawa erti yang berat bagi datin..
cinta dan menyintai sangat berat bebannya tapi apabila ada sikap 'give n take' dalam satu satu hubungan ianya akan menjadi mudah dan ringan.. :)
berat bagi datin sebab cinta itu terpaksa dikongsi.. sayang terpaksa dibahagi.. demi membuktikan kesetiaan kita terhadap dia kita terpaksa membuka langkah kaki dengan hala tuju yang kita kehendaki.. semoga kasih sayang ini direstui dan diberkati oleh ALLAH s.w.t.

Thursday, February 2, 2012

lama giler tak masuk siniii...


hello bebeh.. perghh lama gilak tak join blogspot ni..
aku bukan la sorang yang pemalas. tapi aku agak bzzzz haha.
b t w.. aku sangat suka masuk blog org. mcm best je.. buat permulaan ni biarlah kat sini dulu k.. nanti sesenang n ada gossip meletop aku masuk balik.. daaaa